Sepanjang saya menulis blog, saya dah jumpa beberapa orang yang menyatakan rasa takut mereka pada blogging. Takut apa yang ditulis mereka tidak diterima oleh pengunjung blog, takut dikutuk, takut dikatakan poyo.
Ada juga yang takut untuk mencuba sesuatu dalam blogging walaupun mereka tahu idea mereka itu boleh menjadi. Perasaan takut itu sentiasa ada kerana tidak memandang rendah pada diri sendiri.
Tidak ada jalan pintas atau langkah-langkah spesifik yang boleh membuang rasa takut ini tapi saya ada beberapa idea untuk menghilangkan rasa takut anda.
Baca dan baca dan baca
Bukan saja blog tapi baca juga benda lain. Baca majalah. Baca buku. Baca benda yang membuatkan anda berfikir dan fahamkan apa yang anda baca. Figure it out dan lakukan latihan.
Cakap dan cakap dan cakap
Saya kenal ramai blogger yang hebat di alam maya tapi diluar sana malu mengalahkan anak dara. Bila anda mampu bercakap, bersuara anda telah bina keyakinan diri sendiri.
Sama juga dalam penulisan, baca apa yang anda tulis itu sampai telinga anda dengar. Adakah apa yang anda tulis itu masuk akal?
Tinggalkan komen anda
Cari blog yang anda suka dan tinggalkan komen yang buatkan pemilik blog berfikir. Suarakan pendapat anda. Jangan sekadar meninggalkan komen yang tidak ada makna.
Gunakan rangkaian sosial
Guna rangkaian sosial anda untuk menyampaikan mesej dan pendapat yang bijak. Keep supporting others daripada hanya fokus pada diri sendiri.
Ulang dan ulang dan ulang
Sekali anda dah jadikan perkara diatas habit, terus berlatih berlatih dan berlatih. Inilah apa yang saya buat bila saya kekeringan idea.







