Selamat tahun baru 2012. Pejam celik pejam celik kita sudah berada di tahun baru. Ini bermakna umur pun makin meningkat. Makin dewasa makin banyak tanggungjawab yang perlu saya pikul.
Tahun 2012, saya berumur 24 tahun secara tak rasmi. Sudah besar panjang anak mak seorang ini. Nak kahwin pun dah boleh dah tapi saya tak nak bagi anak dara orang makan pasir.
Sebelum saya berkongsi apa plan saya untuk 2012 saya nak simpulkan apa yang saya telah buat sepanjang tahun 2011. Tidak banyak pencapaian untuk tahun 2011. Lebih kepada tahun eksperimentasi saya.
Pelbagai perkara saya telah cuba ada yang berjaya ada yang tidak. Kalau nak dikira daripada bulan Januari 2011 sehingga Oktober 2011 saya masih sesat dalam perjalanan hidup saya. Hujung 2011 baru nampak sedikit apa yang perlu saya buat.
Tak lengkap rasanya kalau saya tak bercakap tentang blog kerana rata-rata mengenali saya sebagai blogger. Selepas banyak bereksperimentasi dengan pelbagai perkara di blog ini termasuk dari aspek niche, theme dan lain-lain, tahun 2012 saya akan stick it as my journal. Bukan lagi sebagai komersial blog seperti mana yang saya buat sebelum ini.
No fancy theme, no sharing button, no comment field, it is just a plain text. You are free to read my thought here. Tapi kalau rasa betul-betul nak berinteraksi dengan saya sila pergi dekat about page.
Seterusnya tentang tanpawarna.com. Idea asal saya nak jadikan tanpawarna sebagai sebuah blog design tapi atas sebab saya malas – terus terang, Saya dah revamp tanpawarna dan bawa ke tumblr. Apa yang ada sekarang di tanpawarna ialah koleksi gambar street photography terus daripada iPhone saya.
So untuk anda yang suka tentang beautiful and inspirational stuff di alu-alukan jenguk blog itu. Again, saya tak jadikan tanpawarna sebagai blog komersial. It’s just..I love taking pictures from phone and share them on the net. Sebab itu lah saya guna tumblr kerana memudahkan saya dan saya tidak perlu fikir tentang technical thingy.
Dengan adanya tanpawarna suatu hari nanti saya dapat view balik memori saya dalam bentuk gambar di sana. Kalau anda perasan apa yang saya buat untuk both blogs lebih kepada kepuasan sendiri. I don’t care what people think. If you don’t like, just walk away.
Plus, both saya dah plan sebelum masuk 2012 sebab yang saya tahu bila masuk saja 2012 saya nak run everything smoothly. Alhamdulillah setakat ini semuanya baik dan saya selesa dengan cara ini sekarang. Itu saja tentang blog saya untuk kali ini dan sekali lagi saya wish Happy New Year to all.








aku harap semua plan ko menjadi. hoho..
tq bro