5A UPSR

Hari ini mungkin ramai adik-adik yang gembira sebab memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Bagi yang gagal mendapat keputusan yang diingini jangan bimbang ini semua hanya permulaan.

11 tahun yang lalu saya berjaya mendapatkan keputusan 5A. Seronok itu memang seronok. Hari keluar keputusan itulah hari yang paling gembira ketika itu. Cuma saya tidak lah takut, cuak untuk mengambil keputusan kerana saya sudah agak keputusannya.

Keputusan UPSR hanya memberikan tiket untuk saya mendapatkan sekolah menengah pilihan. Itu saja. Jangan anggap berjaya dalam UPSR perjalanan hidup akan jadi mudah. Dalam kertas mungkin sudah berjaya tapi di alam realiti saya belum tentu berjaya.

Ketika memasuki tingkatan 1 di salah sebuah SBP yang rata-ratanya mendapat 5A UPSR, saya rasakan tiada istimewanya lagi 5A itu. Masing-masing harus membuktikan yang terbaik dikalangan terbaik. Saya sedar 5A itu tidak lah berguna sangat. Hanya tiket untuk berada di kalangan pelajar-pelajar terpilih.

Dari saat itu bermula lah fasa baru dalam hidup saya menjadi yang terbaik di kalangan terbaik. Tapi saya ni bukanlah jenis yang nerd. Sudahnya saya berada di belakang-belakang saja setiap kali peperiksaan. Tapi di atas padang saya lah raja.

Itu cerita semasa tingkatan 1. Setahun juga lah saya ber honeymoon. Sampaikan topik negatif positif matematik pun saya tak dapat tangkap. Masuk tingkatan 2 baru saya mula belajar sikit. See, setahun saya habiskan masa saya dengan bermain tanpa mengambil kisah hal pelajaran.

Tak bermakna saya tak cemerlang dalam peperiksaan dalam hal lain saya ketinggalan. Dari pengalaman saya, ramai budak yang cemerlang dalam kelas tapi sasiah dirinya tiada. Keyakinan dirinya tiada. Tidak tahu melakukan perkara-perkara luar. Kebiasaannya pelajar-pelajar yang nakal lah yang selalunya lebih cekap menguruskan sesuatu. Mungkin kami sukakan cabaran daripada sekadar memegang pensel dan pen mengadap buku teks.

5A itu hanya di atas kertas, jika adik-adik gagal jangan putus asa. Stay cool. Setiap manusia ada kelebihannya. Kejayaan bukan saja dinilai berdasarkan slip keputusan peperiksaan. Yang penting adik-adik enjoy apa yang adik buat.