Assalamualaikum

Blog wajah baru elok kiranya saya mulakan dengan ucapan Assalamualaikum. Baru beberapa minggu lepas saya tulis saya nak biarkan blog ini dalam plain text tapi sekarang saya akui kuasa pembaca lebih besar walaupun blog ini kepunyaan saya. LOL
Disebabkan sayang dekat pembaca blog ini especially yang dah follow perkembangan saya selama tiga tahun, saya tukar theme blog ini supaya memudahkan anda beramah mesra. Bukan senang nak cari theme yang menepati cita rasa. Nak buat theme sendiri bukan tak mampu tapi buang masa. Ada banyak benda lain yang saya perlu fokus.
Siapa yang sudah kenal saya mesti tahu style saya yang prefer menggunakan warna hitam putih dengan typography. Itu lah yang anda nampak dekat theme ni. Ruang komen pun sudah dibuka. Ada sebarang pertanyaan sila lah tanya terus. Nak spam ke apa ke terpulang lah kat anda. Saya ada assistant, cik adik Askimet yang tolong pantau.
Saya juga telah letak form newsletter. Saya alu-alukan anda sign up mana la tau saya rajin nak kasi tip istimewa tentang dunia blogging. Mesti anda tanya siapa saya nak kasi tips kan? Kalau nak tahu siapa saya sila lah sign up.
Saya masih mencari ayat yang sesuai untuk letak dekat form newsletter tu. Ada siapa-siapa yang nak bagi cadangan ayat apa yang sesuai? Kalau ayat anda terpilih nanti saya belanja McD meal satu – serius.
Saya prefer bergerak underground dan tak terikat dengan mana-mana company selama tiga tahun ini. Tapi untuk tahun 2012 ini saya rasa saya perlu menonjol sedikit. Nak lebih berjaya kena banyak bersosial ye dak?
Kemungkinan besar saya akan mencuba nasib dengan Nuffnang disamping meneruskan apa yang saya dah buat selama ini. Ada rezeki boleh jumpa bro Eyriqazz. Bukan apa, abang Eyriqazz ni dah lama nak jumpa saya sejak dia belum buat duit dengan Nuffnang lagi.
Saya pun tak tahu kenapa dia beriya-iya sangat nak jumpa saya. Mungkin dia nak kenalkan anak perempuan dia dekat saya kot. Oh tak mungkin, anak dia masih kecil. So dengan harapan saya join Nuffnang nanti, bertemu lah kami hendaknya.
Suka untuk saya berkongsi, sekarang saya dalam proses untuk membina super blog. Sudah hampir dua bulan saya buat blog tersebut. Sudah sampai masanya saya berkongsi dengan pembaca. Ada yang belum tahu dan ada yang sudah tahu. Yang belum tahu sudi-sudilah menyokong KLHIVE.
Saya akan berkongsi pengalaman dan teknik-teknik untuk membuat superblog sepanjang saya membangunkan KLHIVE. Cuma pesan saya, superblog lebih daripada sekadar membuat blog yang mempunyai trafik tinggi. Semua orang mampu buat blog bertrafik tinggi tapi tak ramai yang mampu buat blog mereka menonjol daripada yang lain. No WOW factor.
Sedikit makluman, KLHIVE sudah menerima dua advertorial dalam bulan pertama beroperasi. Satu daripada Berjaya Times Square dan satu lagi daripada Samsung.
Kenapa saya pilih blog bernichekan hiburan? Dulu saya pernah ada satu blog hiburan tapi saya shut it down. Tak lama selepas itu saya jadi penulis dekat beberapa blog hiburan. Then saya terfikir why not saya buka lagi satu blog hiburan mengikut acuan saya sendiri instead of menulis untuk blog lain. So dari situ lah idea KLHIVE muncul.
Kalau anda perasan dalam KLHIVE lebih kepada lifestyle entertainment. Kat situ ada tech, art, automotive, style semua yang saya minati saya gabungkan dalam satu blog. Dan saya mengalu-alukan mereka yang berminat untuk join team KLHIVE hubungi saya. Buat masa sekarang kami mempunyai 4 orang team members.
Itulah serba sedikit tentang apa yang saya buat. Saya nak ucapkan terima kasih kerana saya sendiri tak sangka yang fazreen.com still ada orang baca. Even 2-3 orang. Itu lebih baik daripada mereka yang sekadar nak menyemakkan ruang komen.
Sebelum saya akhiri artikel ini, ingin saya bertanya kepada anda, bagaimanakah anda mula mengenali fazreen?
+ gambar di atas diambil ketika tayangan media Sumpahan Kum Kum
hye boss.
hye staff. LOL
kemas theme ni. sedap mata memandang
terima kasih. *humble
betul bro..entri2 di fazreen.me dan fazreen.com serta komen2 di blog bloggers lain selama ini menjadi inspirasi eden..especially bila nara sendiri cakap, fazreen, jangan tengok pada usianya…. soo…i rasanya memang teringin nak jumpa bro face to face..boleh kongsi2kan pengalaman dan tips …hik3,enough said, u r one of my sifu since i start blogging….
always with black and white theme. put some colour, it will be more cheerful.
All the Best
oh ya, nak menjawab soalan tu juga :
camne mengenali fazreen or fazreen.me…rasanya dari link di blog abangnara.com kot…blog yg dia selalu baca….before tu dah pernah juga baca tapi tak kenal sgt .selalu menjadi silent readers di blog fazreen.me dan fazreen.com tu….
serius, penulisan dan gaya bro memang lain dari yang lain…same person personally yang saya kenal punya keunikan dan gaya penulisan yang betul-betul menarik hati saya tak lain tak bukan melromeo.com..so…memang kagum..
plus, bila bro lontarkan pandangan bro berkenaan entri : http://www.eyriqazz.com/2010/07/betulke-nuffnang-racist.html
” Dorang ni banyak yang silent blogger ja. Banyak buat duit daripada d0k bising sana sini. Aku bukan nak back up blogger bangsa lain..aku bukan nk jadi racist tapi aku melayu..aku malu tengok melayu cuma banyak bercakap tapi habuk pun tak dak. Menyalak macam anjing..”
Then bila bro join makan2 sate kajang ngan melromeo plus bila saya tau, fazreen salah seorang team ohmedia, serius, memang saya kagum….u r one of the person that i really wanna meet n learn the beauty n ‘apa itu berblogging’… To cut the story short, for me, u r one of the “Big Name” dalam blogging di Malaysia ni… Be my sifu , k?
boleh tak nak nangis baca komen ni. Terharu gila. Tq bro.
eh asal ko dah kurus hahaha…
fuhhh dah mantop ko skrg bro…
yg idea kite bincangkan aritu cmne??? ko still berminat ker?
minat tu tetap minat. mana mungkin hilang minat terhadap kerja-kerja design. Cuma aku harap ada lagi 3 orang diri aku. heh
cantik themes tu,,,,,
klhive tu ko punya rupanya..
ehh, ada gak perkataan superblog tu. haha..
siapa yang rajin berkeliaran di blog international tau la kan makna superblog. heh
pergh. power2. Belum apa2 dah ada advertorial
ah kau. balik Malaysia jangan lupa roger
lawa theme ni…sempoi je hitam putih…sampai blog ni sebab duk klik2 orang yang datang komen blog kak yanmie.. =)
wahh, terernya. dapat advertorial lag tu..
Takde mention nama orang. K fine. #putusadikberadik
Btw…
“Warning: getimagesize(http://klhive.com/wp-content/uploads/2011/12/klhive-logo.png) [function.getimagesize]: failed to open stream: Connection timed out in /home/fazreen/public_html/klhive.com/wp-content/themes/klhive-v1/functions.php on line 324″ apehal?
Boleh je. Tak ada masalah apa pun. Mungkin tadi hosting weng sikit
abang hensem ni saya kenal masa dia memang kamera..hahahah
mualaikumusalam.
Een nyer theme memang dari dulu, aku suka kot. simple. kemas je. nuffnang aku dah tak geli geli, susah nak dapat BE ke advert ke apa2.hahahaha
selamat berjaya dengan perancangan untuk join nuffnang nanti ..
tang ayat tu , akk sendiri tak berapa pandai mengarang ayat .. apa pun akk suka tempat komen ni dibuka