Awesome! Theme Baru Lebih Kemas, Ringan & Masih Minimalist

Selamat hari Sabtu buat semua. Apa plan hari ini? Lepak rumah layan movie bollywood ka? Atau baru bangun tidur? Bagi yang bekerja pasti hari Sabtu hari yang best untuk anda merehatkan diri atau pergi hang out bersama rakan-rakan. Yang masih bersekolah sila siapkan kerja sekolah. Yang menganggur tu silalah mengadap Facebook sampai muntah. heh!

Tak tau lah ini kali ke berapa saya tukar theme. Penat dah nak mengira. Untuk wajah baru sempena bulan baru dan semester baru sekali lagi thesis theme menjadi pilihan. Kalau anda yang follow blog ini daripada tahun 2009 pasti tau yang blog ini pernah menjadi pengguna setia thesis cuma beralih arah mencuba sesuatu yang baru pada tahun 2011.

Selepas setahun meninggalkan thesis kini saya kembali menggunakan theme ini yang bagi saya theme paling awesome. Bukan saya nak ikut cakap orang yang menggunakan thesis tapi theme ni memang awesome based on pengalaman saya sendiri. Tak percaya kena cuba pakai.

Sebenarnya tak terlintas pun nak tukar theme yang sebelum ini sebab elemin theme yang saya guna sebelum ini dah bagus dah cuma bila saya browsing cari inspirasi dua malam lepas saya terjumpa satu blog yang gayanya cukup memikat hati saya. So on the spot saya terus tukar thesis theme. Then ini lah hasilnya yang anda lihat sekarang.

Untuk jadikan blog ini awesome, pertama sekali saya buang beberapa script yang tidak perlu. Contohnya Facebook Subscribe Button. Yang tinggal hanyalah Twitter Follow Button. Itu pun saya cadang nak tukar kepada image dan link saja tapi saya belum dapat idea image bagaimana yang saya inginkan.

Kedua, saya buang iklan header dan after post. Memang daripada dulu saya tidak suka idea memasang iklan pada blog rasmi saya ini kerana mencacatkan pemandangan saya. Tapi saya perlukan wang juga walaupun sekupang, so saya tinggalkan satu banner iklan di sidebar. At least, it suits that place well dan cantik di mata saya.

Ketiga, saya link kan image post daripada tumblr saya di sidebar. Mostly gambar yang keluar di Tumblr saya datang daripada Instagram. Saya mahu lihat gambar-gambar daripada Instagram saya di blog ini. Satu terapi bagi saya untuk melihat gambar-gambar comel Instagram.

Keempat dan terakhir, saya guna livefyre untuk commenting system. Apa kelebihan Livefyre ni saya tak nak bagitau, saya nak anda guna sendiri. Sebab saya tahu Livefyre ni memang awesome buktinya, dulu Khai larang saya guna tapi sekarang dia pasang kat semua blog Oh Media Network. Tak kenal maka tak cinta, ye dak?

Comments

  1. muazfaris says:

    smart2… taknak kongsikan thesis kat saya ke? hehe..takde thesis lagi setakat ni

  2. izzataziz says:

    kekadang bermasalah livefyre ni, tereutama kalau baru nak login masuk.
    kemas dah, seperti biasa dengan thesis memang kemas, sekarang pun 
    tengah duk design theme baru, sekarang baru setakat html, tak masuk wordpress
    lagi, ambil masa sikit..haha

  3. puanbee says:

    Ada thesis tk reti design lak , hehe ..tp akk berkenang background blog ni ..