Alhamdulillah saya diberi kesempatan dan tenaga untuk menulis lagi selepas seharian menguruskan pelbagai perkara. Ini entri kedua untuk blog baru ini. Walaupun sudah bertapak lama tapi saya tetap nak cakap ini blog baru ibarat kain putih yang perlu dicorak dengan kisah perjalanan saya. Kadang-kadang menulis juga seakan-akan terapi untuk diri sendiri. Seolah-olah saya bercakap dengan diri sendiri. Tiada insan lain yang dapat memahami diri saya keinginan saya melainkan diri sendiri. Dalam erti kata lain, menulis tentang diri sendiri ibarat melakukan maintenance services. Kita tahu apa yang rosak apa yang elok apa yang perlu diperbaiki.
Dalam kehidupan ini pelbagai perkara yang saya dah lalui. Tapi baru sedikit pengalaman yang dikutip. Saya yakin ramai lagi yang mempunyai pengalaman luas tentang kehidupan. Pengalaman inilah yang menjadikan kita lebih matang dan mendewasakan kita. Lihat saja kanak-kanak yang menjual di tepi jalan. Walaupun ada yang kesian dengan mereka kerana terpaksa bekerja dalam usia kecil demi sesuap nasi tapi bagi saya mereka beruntung. Mereka beruntung kerana dapat belajar selok belok jual beli pada usia setahun jagung. Saya yakin mereka yang hidup susah lebih matang fikirannya kerana mereka ini berdikari untuk survive.
For the past few years, kalau diusha balik memang kehidupan saya tak berapa nak terurus. Biasa lah, anak muda mana mahu duduk diam. Ada saja perkara yang ingin dilakukan. Perkara jahat, nakal itu perkara biasa. Perkara baik itu yang kurang. Contoh perkara jahat yang selalu dibuat ialah tinggal solat. Tak perlu fikir benda jahat lain. Kalau solat pun tidak cukup, tidak sempurna macam mana perkara lain nak sempurna? Tampar kepala tanya hati. Insyallah, saya akan cuba perbaiki solat saya dari semasa ke semasa. Saya ini hamba Allah yang lemah tak akan lepas dari melakukan kesalahan. Jika saya ada niat untuk berubah pasti Allah akan menolong. Amin.
Itu bab solat bagaimana pula dengan bab kesihatan. Bercakap tentang kesihatan, ramai yang boleh cakap tapi tak ramai yang jaga kesihatan. Dulu masa zaman sekolah saya seorang yang fit. Bukan kurus ye tapi fit. Kesihatan dan tubuh badan yang saya dapat dulu semua atas usaha latihan untuk pertandingan kompetitif bukan sekadar bersukan pada waktu petang. Setiap hari pagi petang terpaksa lalui latihan yang keras. Setiap kali cuti semester pula pasti kena masuk camp fitness. Boleh dikatakan hari-hari kena kerah. Sehinggalah saya ditimpa kecederaan serius pada tahun kedua di U. Muscle saya koyak dan tidak boleh lagi bermain. Sejak itu memang gaya hidup saya berubah 100%. Makan tak jaga, senaman tidak, tidur tak teratur sampaikan berat badan saya mencecah 67kg pada pertengahan tahun 2011. Dalam tempoh itu, dua kali saya cuba untuk mendapatkan badan saya yang dulu tapi gagal. Hanya pada cubaan kali ke-3 pada pertengahan bulan 6 baru berhasil. Sekarang saya mampu tersenyum kembali. tiada lagi perut boroi. Nanti saya ceritakan lebih lanjut pada artikel seterusnya.
Seterusnya ialah pengurusan masa. Saya jenis yang tak suka mempunyai jadual dan suka buat apa saja mengikut mood. Jika rasa nak buat akan buat. Dah beberapa kali saya cuba membuat jadual, saya tulis dalam buku log tapi gagal juga untuk ikut. Follow the flow itu lebih bagus bagi saya. Saya akui gagal mengurus masa dengan betul boleh membuatkan seseorang itu tidak tentu arah. Contoh masa yang nak sangat saya urus sebaik-baiknya ialah masa tidur. Saya tidak suka bangun lewat kerana boleh membuatkan hari saya serabut. Banyak perkara yang boleh disiapkan terbantut gara-gara bangun lambat. Tetapi saya susah untuk bangun awal melainkan ada program pada hari tersebut. Orang yang macam saya, tidak suka bekerja, wajib menguruskan masa dengan baik. Itu yang saya cuba perbaiki dari semasa ke semasa.
Itulah 3 perkara utama yang perlu saya ubah dan perbaiki untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Saya kenalah bertanggungjawab dengan diri sendiri dulu barulah boleh saya berkira-kira untuk berkeluarga. Smile…







