Berani Untuk Mengikut Kata Hati

Kalau dulu weekend saya banyak dihabiskan dengan aktiviti melepak bersama kawan-kawan kini saya lebih suka menghabiskan weekend saya dengan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.

Kalau nak diikutkan dari dulu lagi saya memang tidak suka melepak buang masa tanpa arah tuju. Kalau melepak untuk berdiskusi tentang hal-hal yang boleh memberi inspirasi itu lain cerita. Berdiam itu kan lebih baik daripada berborak kosong.

Dalam kehidupan seharian, sometimes saya tak sedar yang saya terlalu membuang masa sehingga membuatkan banyak perkara tertangguh.

Sedar atau tidak saya lebih suka mengikut apa yang dibuat oleh orang sekeliling. Misalnya rakan-rakan. Saya ikut saja apa yang mereka nak buat sedangkan saya mempunyai kerja lain yang hendak diselesaikan. Ini bukan saja berlaku dalam kehidupan saya tapi juga anda.

Nak tolak ajakan rakan-rakan saya takut kecilkan hati mereka. So apa nak buat? Saya haruslah berani untuk ikut kata hati saya. Tegas dengan kata hati saya. Kalau tak nak lakukan..then jangan.

Sama juga kalau saya nak berjaya dalam hidup. Jangan asyik ikut telunjuk orang lain sampai saya sendiri tak tahu apa yang saya nak. Diri saya, so saya yang lebih memahami.

Dari kecil memang saya tak pernah biarkan orang lain masuk campur dalam life saya, akademik, sukan dan personal. Apa pun keputusan yang saya buat semuanya ikut kata hati sendiri. Mak saya insan yang paling memahami saya apabila saya ingin buat keputusan sebab dia yakin dengan anak lelaki dia ini. Thanks mak!

Bagi saya, orang yang tak berani mengikut kata hati diri sendiri sampai orang lain pijak ialah orang yang paling penakut. If you have something to say, speak loud. Orang nak berkecil hati dengan kata-kata dan tindakan anda itu hak mereka. Anda tak rugi apa-apa.

Berani dengan keputusan anda. Jangan main-main tarik tali. Itu penakut namanya.

Tidak semua keputusan yang kita buat akan membuahkan kejayaan but at least saya dan anda mencuba daripada orang yang tahu menyalak macam anjing tapi apa pun tak ada.

Umur saya masih muda. Masih ada beberapa tahun untuk saya kejar dan capai apa yang saya nak sebelum saya settle down and make a life for myself. Saya doakan saya berjaya.