Saya akui memang susah nak konsisten kemaskini setiap hari blog ni memandangkan saya bukanlah blogger yang pandai bercerita tentang diri sendiri. Saya salute blogger yang setiap hari tak pernah missed update blog mereka walaupun hanya satu dua perenggan saja.
Tapi itu tak semua menjadi penghalang bagi saya kerana saya mahu catatkan segala aktiviti saya dalam blog ini. Kalau Facebook ada timeline, fazreen.com pun nak ada timeline sendiri juga untuk rujukan di hari tua nanti. Saya akan cuba belajar bagaimana untuk bercerita tentang diri sendiri.

Sebelum terlambat saya nak ucapkan selamat datang bulan Mac. Pejam celik pejam celik sudah masuk bulan ketiga dalam tahun 2012. Cepat masa berlalu. Saya sendiri rasa masa terlalu pantas untuk saya. Mungkin kerana jadual saya yang agak pack buat saya rasakan ia cepat berlalu.
Kalau bulan Januari saya rasa gembira kerana mempunyai KLHIVE, bulan Februari saya dah tambah satu lagi cabang bisnes saya iaitu MONAVIE. Saya tak berhenti di situ saja kerana untuk bulan Mac ini saya tambah lagi satu bisnes saya iaitu OSG Perfume. Menjadikan keseluruhannya tiga cabang bisnes berbeza.
Orang akan cakap saya tamak kerana tidak fokus pada yang satu tapi itulah peluang yang datang pada saya. Dan saya tidak mahu melepaskan peluang ini. Apa yang saya tahu saya kena bertindak dan baru berfikir. Kalau saya terus berfikir saya akan terlepas peluang yang ada depan mata.
Zaman sekarang siapa yang mengatakan tidak suka pada peluang besar yang ada di hadapan mata adalah orang yang sangat malang. Hanya ini sahaja peluang yang anda ada untuk anda berjaya tapi anda tidak mahu.
Insyaallah untuk post seterusnya saya akan kongsikan turun naik saya menggerakkan ketiga-tiga bisnes ini. Doakan saya berjaya rakan-rakan.








leh tolong ajarkan tak mcm mana nak mula bisnes2 nih..?
boleh. add saya dekat FB.
Tahniah bro…muda2 dah pandai bergerak sendiri dan berfikiran jauh kehadapan untuk majukan diri sendiri….ramai yang hangat2 tahi ayam tapi bro dah nampak ada kesungguhan ke arah yang lebih baik….
Chaiyok bro…Jika tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya kan?
betul, kalau tak test potensi diri mana kita tau. terima kasih bro atas sokongan bro. terharu. eyriqazz
yang penting ada kerjasama. heuheu
@fzmy dengan nada wonderpets fzmy
sama-samalah kita naik iyerrr