Bermulanya Kisah Saya Bersama Produk Monavie

Bermulanya Kisah Saya Bersama Produk MonavieDah lama rasanya nak buat entri perjalanan saya sebagai penjual jus buah. Bermula dengan entri ini saya akan kongsikan kisah jatuh bangun menjual jus buah ini disamping terus membangunkan blog hiburan KLHIVE.

Saya pernah cakap yang saya sukakan cabaran. Perniagan menjual jus buah ini cabaran terbaru yang saya letak pada diri saya. Selepas hampir 4 tahun mengumpul pengalaman dalam bidang blogging, saya rasa sudah sampai masanya saya tambah saluran pendapatan baru.

Orang macam saya yang tidak mempunyai perkerjaan tetap harus cepat bertindak dengan peluang yang ada. Kalau orang lain fikir, fikir, fikir baru buat keputusan. Tapi saya pula lebih suka fikir dan terus bertindak. Dah bertindak baru fikir, fikir dan fikir.

Nak dijadikan cerita saya dah lama kenal dengan kawan saya ni. Sama-sama terlibat dalam dunia blogging. Tanpa dia memang saya tak kenal apa itu Monavie. Dulu saya cuma ikut saja perkembangan dia tentang perniagaan Monavie yang dijalankan. Tak timbul rasa nak buat bersama-sama.

Lama-kelamaan saya tertarik dengan kejayaan dia saya pun mula korek-korek rahsia sebab selalu juga jumpa dia kalau dia turun KL atau datang Shah Alam.

Akhirnya terbuka juga pintu saya untuk bersama-sama kawan saya ni menjalankan perniagaan Monavie secara serius. Alhamdulillah dengan produk yang power, berkesan dan sedap diminum segalanya berjalan lancar.

Sekarang saya masih menuntut dan memantapkan ilmu pemasaran untuk mengembangkan lagi perrniagaan jus buah. Malam ini saya akan berada di Wisma Sejarah KL untuk menuntut ilmu bersama-sama mereka yang hebat dalam perniagaan masing-masing.

Nasihat saya untuk anda yang nak memulakan perniagaan apa-apa pun carilah mentor. Insyaallah anda akan berjaya. Siapa berusaha dia dapat.

10 Comments

  1. puanbee

    Insyallah , kalau nak berniaga ni , muka kena tebalkan sikit , mesti boleh berjaya ..

    ← Reply

  2. wazy

    Ramai juga dah cuba Monavie ni

    ← Reply

  3. Fakhruddin

    MACBOOK TU YANG PENTING..HEHE

    ← Reply

  4. yanmie

    Salam,

    Jap2 nak tanya, klhive tu een punya ke?

    ← Reply

  5. bukit gambang

    tengok ramai jugak yang dah join monavie ni, insyaallah kalau strategi pemasaran betul boleh pergi jauh tu.

    ← Reply

  6. izzat

    bro kan yg kat grand hotel dgn noorizan ?
    hehe.. gud luck bro..
    Aku pon baru nak mula jual jus buah nieee..

    ← Reply

  7. Lawrence Vision

    Memang GREAT dengan MBP berbloging LOL.Apa yang saya perhatikan blog ni boleh pergi jauh teruskan berusaha

    ← Reply

Leave a Reply

*