Blogging Tidak Ubah Seperti Inginkan Perhatian?
Hari Ahad orang lain sibuk keluar melakukan aktiviti outdoor tapi saya memilih untuk duduk rumah melakukan kerja-kerja yang saya rasa saya perlu buat. Sebentar tadi saya telah menerima satu persoalan daripada saudara Ewan tentang blogging. Sebelum saya bercerita lebih lanjut apa kata anda baca dan fahami dahulu persoalan yang ditimbulkan oleh beliau.
Salam encik fazreen. saya tengah membuat kajian tentang “voyeurism through the abysmal world of internet: a freudian approach towards social platform and its effects on identity” dari SOAS, London. Saya mengkaji bloggers malaysia. Saya melihat rating blog anda begitu tinggi, tapi saya masih tertanya2x kenapa. Sejujurnya saya ingin mendapat reply dari fazreen di blog sendiri, apakah blog post anda dapat meningkatkan pengetahuan pembaca, meninggikan akhlaknya dan peribadinya, ataupun blogging ini hanya untuk suka2x, bercerita tentang pengalaman sendiri dan di kongsi pula dengan pembaca. apakah matlamat blog ini sebenarnya?
Saya melihat ada trend bloggers2x seperti fatin liyana (yang mendapat rating begitu tinggi) tapi tiada apa pula boleh didapati dari blognya hanya gambaran2x luar fizikal yang tidak ubah seperti inginkan perhatian sahaja.
jadi, besar sekali hati saya sekiranya anda boleh membalas soalan ini.
Pertama sekali, terima kasih saudara Erwan kerana sudi meninggalkan pendapat di sini. Sekurang-kurangnya ada juga perkara yang saya nak bercerita.
Blogging tidak ubah seperti inginkan perhatian?
Jawapan saya ya dan tidak. Dalam dunia blogging rating boleh memberi makna yang bermacam-macam seperti rating daripada segi jumlah pembaca, jumlah komen yang diterima dan angka Alexa. Berdasarkan pertanyaan saudara boleh saya simpulkan yang saudara merujuk kepada betapa ‘glamour’ nya sesebuah blog.
Untuk makluman saudara, dalam dunia blogging ada dua jenis blog – blog personal dan blog berniche. Dan saya akan jelaskan satu demi satu.
Blog personal
Blog personal ibarat jurnal seseorang. Less or more seperti dairi. Kebanyakkan blogger yang mempunyai blog personal suka berkongsi pengalaman hidup, aktiviti harian kepada pembaca mereka. Daripada perkongsian itu ada antaranya yang berilmu ada yang zero. Semuanya bergantung kepada penilaian pembaca. Tidak salah sekiranya saya cakap kebanyakkan mereka yang mempunyai blog personal pada awalnya seperti syok sendiri.
So, apakah yang membuatkan blog personal mendapat rating yang tinggi?
Satu saja jawapan saya iaitu gaya penulisan yang style. Style di sini membawa maksud ada kredibiliti bukan menulis seperti budak-budak baru nak naik. Semua orang boleh menjadi blogger. Dari kanak-kanak sehingga datuk nenek mampu bergelar seorang blogger tapi tak semua yang jadi blogger, pandai menulis. Sebab itu kita lihat setiap blogger mempunyai penulisan yang berbeza. Dan gaya penulisan yang berbeza ini lah yang menentukan siapa pembaca mereka. Ada pembaca yang sukakan gaya bahasa santai seperti blog kanak-kanak, ada pula pembaca yang sukakan gaya bahasa yang lebih profesional dan matang. Gaya penulisan setiap blogger ini lah yang membuatkan pembaca mereka sentiasa setia melekat pada blog mereka dan seterusnya mengumpul pengikutnya yang tersendiri.
Walaupun kita lihat sesuatu blog itu tiada apa-apa manfaat seperti blog fatin liyana, tapi bagi pembaca setia, mereka merasakan ada keistimewaan pada blog itu. Perkara ini subjektif. Tidak dinafikan juga yang wajah cantik blogger wanita membuatkan blog mereka meletup. Cuba bayangkan wajah Fatin Liyana itu tak ada lubang hidung sebelah dan kerja sebagai operator kilang? Agak-agak blog dia meletup tak? Ini normal. Manusia sukakan kecantikan. Satu bonus bagi blogger wanita yang cantik sekiranya anda buat header besar-besar menggunakan gambar anda.
Niche blog
Niche blog ialah blog yang dibina khas untuk menyampaikan maklumat dalam topik-topik tertentu contohnya blog-blog yang terdapat dalam rangkaian Oh Media. Ada blog yang berniche kan hiburan (ohartis.com), funny (ohtidak.com) teknologi (ohgeekz.com) dan akan datang automotif (ohgear.com). Setiap artikel yang dikeluarkan tidak akan lari daripada topik-topik atau tema yang telah ditetapkan.
Again, apakah yang membuatkan blog berniche mendapat rating yang tinggi?
Kita ambil contoh blog amanz.my dan paultan.org. Agak-agak anda kenapa ye blog mereka sentiasa tinggi pelawatnya? Sebab mereka cuba menjadi blog yang terbaik dalam niche mereka. Mereka menyampaikan maklumat apa yang pembaca ingin tahu. Remember, orang ramai menggunakan internet untuk mencari maklumat. Kalau sesuatu blog itu konsisten memberikan maklumat yang diinginkan sudah tentu pelawat bertukar menjadi pembaca setia. Cuba fikir apa akan jadi kalau 6 bulan amanz.my tidak update info-info teknologi baru? Sudah tentu pembaca mereka akan lari ke blog lain.
Tapi kena ingat, untuk capai taraf blog yang disebutkan mengambil masa 2 hingga ke 3 tahun. Bukan dalam masa yang singkat. Semua orang mampu buat blog ber hit tinggi tapi tak semua mampu menonjolkan kredibiliti masing-masing.
Secara generalnya saya sudah jawab persoalan saudara Ewan dan sebagai penutup saya ingin menjawab kenapa fazreen.com rating tinggi dan jawapan saya ialah:
1. Ini tahun ke-4 saya berblogging.
2. Saya sudah bina network saya.
3. Saya tidak blogging berpaksikan duit.
4. Saya tidak mudah mengalah.
5. Saya sentiasa belajar benda baru.
6. Saya tidak memandang kuantiti tapi kualiti.
7. Mungkin pembaca blog saya boleh tolong sambung jawab.
LOL.
8 . saya membina identiti / penjenamaan secara bersih
9. saya teguh dengan prinsip
next
ko lupa satu. Sebab ko pun kacak. Haha..walaupun tak sekacak aku.
great info!
“Cuba bayangkan wajah Fatin Liyana itu tak ada lubang hidung sebelah dan kerja sebagai operator kilang?” – ini kejam.. haha..
tapi memang betul apa yang ko nak sampaikan..
sambung Kak Jie;
10. saya berblog kerana minat (dan ikhlas)
10. sebab fazreen.com ada pembaca seperti saya ..
Sambung pointer Kak Kujie…
10. Saya tidak bergossip tentang artis untuk mendapatkan trafik yang tinggi.
Kak Emila suka blog ini, bahasa yang bagus, juga ejaan yang betul.
trend yg dapat kita lihat ialah… blog yg dimiliki org perempuan2 muda belum kahwin spt miss lolly dan fatin liyana tuh…….. tidak ada cara laen yg supreme efektif utk dapat traffik kalau tidak letak gambar sendiri…
frankly, golongan sebegini aktif dalam menggunakan ‘resource’ sedia ada dengan sebaik mungkin… itu rezeki mereka…
lagi annoying (kot), kalau ada dikalangan bloggers yang letak komen bertaraf spam (dah buat entri pun pasal ni kat blog sendiri… contohnye lah :
i.imgur.com/UD8M2.jpg
terang2 nmpk sngat nak perhatian.. ye tak?
blog perempuan cantik meletup, blog lelaki kacak macam titan pon meletop jgk hahaha
Saya sambung:
11. Content adalah ASLI. Alasan kenapa saya masih lagi singgah di blog Fazreen adalah kerana keasliannya. Menyampaikan apa yang ada dalam benak dan hati sendiri. Blog to ublock.
blogging the best kalau kne cara & ada matlamat
mungkin betul jugak kata-kata orang, sharing is caring sebab tu rating boleh naik