Bulan Oktober lepas, ialah bulan kembalinya saya bermain bola sepak padang selepas tiga tahun berhenti bermain bola sepak padang. Sepanjang tiga tahun berhenti bermain bola padang saya banyak habiskan masa dengan futsal dan street soccer.
Walaupun semuanya menggunakan sebiji bola untuk bermain tapi gaya permainan tetap berbeza. Bila masuk dalam padang, minda harus set kepada gaya permainan bola sepak padang. Skil hantaran, stop ball semuanya lain. Kalau dalam futsal every second berlari, dalam padang bola ada masa kena sprint ada masa kena slow kan tempo.
Tidak semestinya 45 minit dalam padang, every minute saya akan control ball. Kadang-kadang tak sampai setengah jam pun dapat control ball. Kalau dalam futsal, boleh dikatakan setiap minit saya akan sentuh bola.
Bola sepak padang lebih robust, manakala futsal lebih cool..
Kalau diberi pilihan saya tidak akan pilih sebab saya sukakan apa saja tentang bola sepak. Tapi bila dah terlibat dengan bola sepak memang tidak boleh lari dari kecederaan. Ini yang buat saya paling risau dan benci sebabnya bila dah cedera tidak boleh bermain.
Sabtu lepas saya mengalami kecederaan hamstring kiri. Mungkin sebab saya dah lama tidak sprint sekuat hati menyebabkan berlaku kecederaan pada hamstring saya. Nak katakan tidak ada stamina, dah terlebih stamina. Am in a good shape. Mungkin muscle saya tidak cukup panas, bersedia untuk saya sprint.
Ini kali ketiga rasanya dapat kecederaan hamstring. So saya dah biasa dengan kecederaan ini dan dah tau macam mana hendak dirawat dan sebagainya. At least ambil masa seminggu dua untuk pulih sepenuhnya dengan pengambilan ubat dan rawatan yang sepatutnya.
Tapi saya degil, petang tadi saya lenjan juga main untuk first match. Bertambah-tambah sakit la jawabnya. Khamis ini ada lagi satu perlawanan sebelum saya mempunyai rehat selama satu minggu. Hopefully dapat main. Amin.







