Dalam kehidupan saya yang tidak tentu hala ini, kadang-kadang saya harus bijak mengatur perjalanan hidup saya. Terutama mengatur perbelanjaan dan kesihatan saya.
Memang duit bukan segala-galanya tapi tanpa duit kesihatan saya akan terjejas. Sebabnya saya tidak boleh beli makanan untuk tubuh badan saya. Saya tidak kisah tiada duit untuk membeli barang-barang lain tapi saya resah bila tiada duit untuk beli makanan yang diperlukan.
Bukan makanan fast food yang mahal-mahal tapi makanan yang menyihatkan. Lagipun sudah masuk 4 bulan saya tidak menjamah fast food. Saya rasa fast food satu pembaziran yang tidak disedari ramai. Sudah lah mahal tidak sihat pula tu kalau diamalkan selalu.
Cuma ada safu fast food yang betul-betul saya suka iaitu Subway. Tapi tidak boleh selalu beli sandwich di Subway sebab harganya mahal. Kalau nak diikutkan harga makanan yang menyihatkan memang mahal dan kadang-kadang terfikir tidak berbaloi untuk dibeli. Lebih baik beli nasi dan lauk.
Beli nasi dan lauk campur memang bagus tapi berapa ramai yang benar-benar titik beratkan soal zat dalam makanan yang kita beli. Kebiasaannya, orang ramai akan memilih nasi putih bersama ayam goreng dan kuah kari. Memang mengenyangkan dan murah. Tapi tidak ramai yang tahu dan ingin tahu tentang keburukan pengambilan makanan bergoreng. Janji kenyang. Betul tak?
Dulu saya pun macam itu. Semua makanan saya sebat. Maklumlah masa itu masih aktif bersukan. Apa yang saya makan bersamaan dengan apa yang saya senam. So tidak adalah rasa kesan apa-apa sangat. Cuma bila dah kurang bersukan baru rasa kesannya. Berat badan bertambah, badan lesu, otak lembap dan macam-macam lagi saya rasa.
Dari situ saya mula sedar dan ambil tahu tentang pemakanan. Saya ambil tahu apa yang saya makan. Orang cakap makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Sekarang saya dah tinggalkan cara pemakanan yang tidak sihat.
Sudah hampir 4 bulan saya mengamalkam diet sihat. Diet bermaksud bukan tidak makan tapi makan dengan cara yang sihat. Saya makan dalam 5-6 kali sehari. Maksudnya meal saya 5-6 kali sehari. Even minum susu segelas dikira sebagai satu meal.
Bunyi macam banyak 5-6 sekali. Sudah tentu duit yang dikeluarkan banyak untuk membeli makanan. Sebenarnya dalam RM20 ringgit sudah cukup untuk seminggu. Caranya saya beli barang dapur di Tesco.
Apa yang saya beli ialah sayur, telur, roti wholegrain, buah especially pisang dan susu skim. Ini memang menu wajib saya. Semuanya kebih kurang RM20.
Saya dah amalkan cara ini sejak 3 minggu yang lalu. Tapi bila bosan saya akan keluar lunch di luar dan masih memilih makanan yang menyihatkan.
Saya rasa dengan cara ini kualiti makanan saya ambil terjaga dan memang menjimatkan. Saya syorkan bagi mereka yang nak jaga kesihatan silalah sediakan makanan di rumah, elakkan junk food dan makanan yang diproses.







