Life

Gadis Comel Inilah Pembakar Semangat Saya

Selamat malam. Hari ini hari Sabtu, masih ada baki satu hari untuk hujung minggu anda. Malam begini saya suka habiskan masa dengan bola sepak sama ada menonton perlawanan bola sepak atau bermain futsal asalkan ada sebiji bola sepak di depan mata saya.

Ringan rasa otak apabila pulang ke kampung halaman selama seminggu lebih untuk menghabiskan masa dengan keluarga baru-baru ini. Ini hari pertama saya betul-betul mengadap komputer rasa macam berat ja nak melayan internet. Lama sangat away daripada komputer hanya bertemankan telefon ditangan. Nasib baik ada gadis comel ini yang sudi merakamkan videonya untuk saya. Memang semangat terus naik untuk membanting tulang. Bertuahnya badan kalau dapat gadis seperti ini. Eh!

Statigram

Statigram
Ramai yang tanya saya bagaimana saya urus Instagram saya memandangkan kalau nak view feed di app Instagram agak melecehkan sebab perlu scroll banyak. Ada beberapa apps mobile dan web based yang boleh digunakan untuk view gallery Instagram.

Untuk apps mobile saya prefer app Instagram itu sendiri tapi kalau berada di hadapan pc saya suka view gallery menggunakan statigr.am. Menariknya anda yang tidak mempunyai akaun Instagram boleh juga meninggalkan komen di foto-foto yang diupload.
More

Cuti

Saya tidak suka menghabiskan masa memikirkan tajuk entri yang panjang-panjang. Cukup sekadar satu perkataan.

Awal tahun 2012 ini Malaysia memang banyak sangat cuti. Bermula dengan Chinese New Year, Chap Goh Meh, Maulidur Rasul dan seterusnya Thaipusam. Cuti sebegini memang bagus untuk mereka yang bekerja makan gaji tapi tidak orang macam saya kerana boleh menggangu momentum.

Setiap kali pulang ke kampung pasti ada yang bertanyakan berapa lama saya bercuti. Jawapan saya mudah – saya cuti 24 jam 365 hari. Saya tidak terikat dengan mana-mana pihak. Saya bebas memilih masa untuk saya bercuti.

Bunyi macam seronok tapi sebelum merasai keseronokan itu anda haruslah bekerja keras. Tanya pada diri anda, ingin bekerja keras selama setahun atau selama-lamanya? Saya pilih setahun saja.

Fazreen
on my desk.

Gadis Kecil & Mini Merah

Gadis Kecil & Mini Merah

Lately ni saya suka nak ambil gambar budak-budak senyum untuk dijadikan sebagai salah satu koleksi di Instagram. Kalau jumpa yang jenis sporting macam anak kak yan memang senang. Kalau jumpa yang jenis pemalu macam dalam gambar kat atas memang payah. So the question is, how you make them smile?

Fazreen,
dalam selimut.

Saya Aku

Selamat petang kepada warga Malaysia dan selamat becuti bagi warga Wilayah. Nikmatilah cuti anda sepuas-puasnya walaupun sehari ibarat anda akan berkerja tanpa cuti selepas ini.

Sejak kembali ingin menulis blog personal saya lebih senang menggunakan kata ganti nama saya berbanding aku. Kerana itu lah diri saya di dunia luar. Saya lebih senang menggunakan kata ganti nama saya jika berbual dengan orang yang saya baru kenal atau yang lebih berumur daripada saya.

Di dalam dunia blogging kita tak akan tahu tentang semua pembaca kita. Mereka mungkin tergolong dalam golongan yang lebih berusia daripada kita yang patut kita hormat. Oleh itu elok kiranya saya tidak menggunakan kata ganti nama aku.

Bukan ingin katakan ‘aku’ kurang ajar tapi bagi saya ‘aku’ itu sedikit kasar tapi ‘saya’ itu lebih sopan dan berbudi.

Ini salah satu cara saya menghormati pembaca saya agar mereka lebih rasa selesa untuk terus membaca blog anak muda yang masih tercari-cari arah tujuan ini.

Fazreen,
atas katil.

Roti Beckham Sri Murni SS2. Yummy!

Roti Beckham Sri Murni SS2. Yummy!

Amacam ada rasa lapar? Terliur?

Kemarin selepas selesai solat Jumaat dapat sms daripada sahabat lama yang ajak berjumpa di ss2 Murni. Saya tidak pernah lepak di sana sebelum ini tapi selalu juga dengar tentang makanan yang menarik di restoran itu. So dalam kepala memang dah set untuk tak nak makan nasi walaupun belum jamah apa-apa makanan sejak pagi. Sampai sana dengan perut yang kosong saya order la Roti Beckham seperti di atas. Nak tau apa istimewanya Roti Beckham kena lah rasa sendiri. Malam ni saja nak bagi anda rasa terliur.

+ pic kredit kepada Jazmyn