Cerita Satu Minggu Yang Lalu

Last artikel ditulis seminggu yang lalu. Kalau diikutkan mahu saja tulis artikel setiap hari tapi saya kan mempunyai hal yang lain. Jika ada kelapangan mesti akan dipenuhkan blog serba putih ini dengan cerita-cerita baru.

Seminggu yang lalu apa ye yang saya buat? Rutin harian seperti biasa tiada yang berubah. Bangun pagi, workout, online, freestyle, online then tidur semula. Begitulah setiap hari. Bosan kan?

Sebenarnya tidak lah bosan sangat apabila pandai mengisi masa dengan perkara-perkara yang kita suka seperti bersukan, menonton wayang dan window shopping. Jangan ingat lelaki seperti saya tidak suka window shopping.

Window shopping selama dua jam bersamaan dengan jogging selama 40 minit. Kan sihat tu. Lagipun saya ni shopping ke kedai-kedai sukan saja. Tidak la nak tawaf satu Pavi atau pun mana-mana mall.

Minggu lepas juga saya tidak masuk ke pejabat. Sudah dua minggu tidak masuk ke pejabat. Cuma sekali pergi ke sana pada waktu malam untuk meeting bersama kawan-kawan saya. Bukan pejabat saya tapi kawan saya punya. Saya cuma membantunya untuk sama-sama berjaya dalam bidang perniagaan.

Selain hal mencari duit dengan rakan seperjuangan, masalah lain pula muncul. Lagi dua minggu saya akan sertai tournament bola. The problem is, saya tak ada kasut bola. Bukan masalah besar pun. The last time yang saya beli kasut bola ialah 5 tahun dulu. Kasut tu masih wujud tapi ada kat kampung.

Sudah puas bertanya kepada rakan-rakan terdekat tapi seorang pun tidak mempunyai kasut bola saiz UK 7. Ingin beli baru, seperti membazir sebab saya rasa ini the last football tournament yang akan saya sertai. Ada sesiapa nak pinjamkan kasut bola bersaiz 7 kepada saya?

Dear Al-Ikhsan, kasut bola di store anda banyak boleh saya pinjam sepasang? Nanti habis tournament saya pulangkan ye..