Cuti Umum, Happy Deepavali

Esok ialah cuti umum bagi seluruh rakyat Malaysia sempena Hari Deepavali. Dikesempatan ini saya nak ucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua rakan saya yang beragama Hindu. Jangan nak bakar mercun sangat.

Cerita tentang cuti umum, teringat zaman persekolahan dulu. Alangkah indahnya kalau ada cuti umum pada waktu itu. Tidak perlu bersusah payah bangun awal pagi, mandi dan bersiap ke sekolah. Tidak perlu hadiri perhimpunan pada waktu pagi. Kerja sekolah pun boleh tunda.

Saya dulu sekolah asrama so cuti umum sebegini memang ditunggu-tunggu sebab ini lah masanya untuk berehat cukup-cukup. Ganti waktu tidur yang tak berapa cukup. Budak asrama memang tidur tak pernah cukup. Siapa yang pernah tinggal di asrama mesti faham. Kalau anda ada adik, abang atau kakak yang sekolah berasrama cuba lihat waktu dia tidur bila dia berada di rumah. Mesti lama punya.

Lagi seronok kalau cuti umum tu jatuh pada hari yang ada subjek yang tak best atau cikgu garang. Pergh! Memang bersyukur gila. Antara subjek yang bosan bagi saya masa sekolah dulu, Bahasa Melayu. Dari sekolah rendah saya kurang gemar dengan Bahasa Melayu.

Masuk sekolah menengah, cikgu Bahasa Melayu pula garang mengalahkan mak tiri. Asyik kena marah tiap kali kelas Bahasa Melayu. Kalau cikgu tu tanya soalan mesti kepala tunduk ja sebab takut kena jawab. Apa-apa pun saya bersyukur dia garang, kalau tidak tak merasa la A1 Bahasa Melayu SPM dulu.

Sebab tu lah bila ada cuti umum pasti bersorak sakan. Sebabnya tak perlu fikir tentang hal sekolah. Pagi-pagi dah boleh pergi padang, sepak bola bersama kawan-kawan. Duduk di asrama tak sama macam duduk di rumah, cuti umum boleh pergi merata-rata. Di asrama, padang saja lah tempat saya bermain selain asrama untuk berehat bersama kawan-kawan yang lain.

Bila terkenang zaman sekolah, saya senyum sorang-sorang sebab terlalu banyak kenangan. Insyaallah ada masa saya akan coretkan satu persatu kenangan itu di blog ini. Till then, Happy Deepavali to all my Hindu’s friends, wishing you a sparkling festival of lights and a joyous new year.