Saya memang sengaja tak pasang ruang komen dalam blog ini sebabnya saya tak mahu sebarang gangguan. Apa yang saya mahu saya nak tulis, publish dan lupakan saja.
Apa yang saya tulis akan jadi rujukan dan bahan bacaan saya semula di kemudian hari. So komen atau tidak bukan prioriti utama bagi saya. Yang penting apa yang saya tulis memberi manfaat kepada pembaca.
Saya ingin minta maaf kepada pembaca yang ingin dan betul-betul nak komen dalam blog saya. Kalau terasa nak sangat berinteraksi dengan saya, anda boleh gunakan Facebook, Google+ atau Twitter. Kalau nak lebih privacy silalah guna emel.
Antara ketiga-tiga social network yang saya bagitau itu, saya sekarang lebih prefer Google+ sebab interface dia menarik. Kalau nak diikutkan mahu saja saya delete akaun Facebook dan stick pada yang satu tapi kawan-kawan saya masih ramai di sana.
Kalau anda follow saya di Twitter jangan pula anda berkecil hati kalau saya tidak follow balik. Yang sebenarnya saya tak tahu dan tak pernah ambil tahu siapa yang follow saya.
Memang orang cakap ada akaun laman sosial untuk kita bersosial. Tapi still saya terhadkan perkara itu. Saya lebih prefer real world daripada dunia maya.
Akaun-akaun laman sosial saya digunakan untuk memudahkan mereka menghubungi saya jika mempunyai urusan penting. Less or more macam nombor telefon. Kalau anda ingin berinteraksi dengan saya gunalah pautan di sidebar untuk ke profile saya. Insyaallah saya akan melayan sebarang bentuk petanyaan atau pun pendapat anda.







