Hari Kedua – Selamat Hari Raya Aidiladha

Ahad, hari kedua berada di kampung untuk menyambut Aidiladha. Aktiviti pagi dimulakan dengan menunaikan sembahyang sunat Aidiladha. Agak lewat masjid di kampung saya menunaikan solat sunat Adiladha iaitu sekita jam 9 pagi.

Selesai solat sunat Aidiladha, aktiviti makan pun bermula. Nama pun Hari Raya Aidiladha so menu semuanya daging. Tak banyak yang saya makan. Makan sekadar untuk mendapatkan tenaga. Tidak lagi makan mengikut nafsu.

Kiri kanan rumah saya jiran adakan kenduri kecil. Daging yang dikorbankan dibuat kenduri ialah perkara biasa bagi mereka yang tinggal di kawasan kampung. Semangat kejiranan tinggi.

Saya cuma duduk di rumah menonton tv. Pergi ke kenduri pun tidak kerana makanan di rumah sudah banyak. Lagipun saya memang lebih suka melepak di rumah. Kalau pergi ke rumah kenduri saya tidak tahu hendak buat apa. Kenal orang pun tidak. Maklumla saya dari kecil duduk asrama jarang berada di rumah.

Lepak di rumah sendiri memang best. Saya pula bukan jenis yang suka merayau tak tentu hala. Kalau keluar pun pergi main futsal dan membeli barang. Kalau tidak ada hal saya kebih suka lepak di rumah layan tv atau internet. Itulah diri saya sejak daripada kecil.