Hari Keempat – Scaling Teeth

Misi untuk scaling gigi atau bahasa mudahnya mencuci gigi berjaya juga. Dah lama sebenarnya tak cuci gigi sejak belajar di Shah Alam. Duduk di negeri orang saya tak biasa dengan klinik di sana.

Dah beberapa kali pulang ke kampung berniat nak pergi klinik gigi baru sekarang terlaksana. Masa zaman sekolah tiap-tiap tahun cuci gigi free sebab doktor gigi datang sekolah. Bila dah habis sekolah kena pergi sendiri jumpa dentist.

Kalau buat scaling di klinik swasta harganya mahal dalam lingkungan RM50-RM100. Kalau nak murah pergilah ke hospital kerajaan tapi bersabarlah menunggu giliran dan servis yang ala kadar. Kalau pergi klinik swasta pasti berpuas hati walaupun mahal.

Memandangkan dah lama tak scaling so doc tadi membebel la sikit sebab dia memang kenal saya. Family saya regular customer dia. So lepas ini setahun dua kali saya berjanji pada diri saya untuk pergi jumpa dentist. Baru best sikit nak senyum.

Selepas selesai dating dengan dentist, hasrat hati nak renew roadtax tapi pejabat takaful tak buka. So no insurans no raodtax. Esok sajalah nampaknya.

Sempat juga saya makan tengahari bersama seorang rakan selepas membeli barang di Tesco. Cocktail dan sizzling untuk santapan tengahari. Tapi hari ini saya makan banyak lebih daripada biasa.

Malam disajikan dengan oblong dan nasi goreng. Mana tak kenyang. Tapi tak apa bukan selalu saya balik ke rumah. Terima kasih mak sebab masak makanan yang sedap. Sebentar lagi mesti saya tertidur dengan nyenyak dan aman. Selamat malam.