Hari ketiga berada di kampung. Adik dan pak cik saya sudah pulang ke KL petang tadi. Saya yang menghantar mereka ke stesen bas.
Pak cik saya tinggalkan keretanya di sini kerana rabu malam dia akan pulang semula ke kampung untuk majlis akad nikahnya. Seronok pula tengok orang nak bernikah. Rasa macam nak tamatkan zaman bujang secepat mungkin. Orang yang dah berkahwin ini, hatinya senang.
Tapi masih banyak yang perlu saya lakukan kalau nak berkahwin. Diri sendiri belum bersedia untuk ke arah itu. Bukan masalah wang tapi ilmu di dada belum cukup. Wang tidak pernah jadi masalah sebab saya percaya pada rezeki Allah.
Selepas hantar mereka ke stesen bas saya singgah sebentar di outlet Adidas mencari sesuatu. Alhamdulillah dapat juga beli. Ada lagi satu barang yang masih dalam dilema untuk beli atau tidak.
Memandangkan di rumah saya tiada buah atau makanan lain melainkan masakan daging saya pergi ke Giant untuk beli sedikit buah, yogurt dan makanan lain. Makan daging setiap masa tidak elok untuk kesihatan. Jangan jadikan perut kita kubur haiwan yang disembelih.
Sebelum pukul 5 petang saya sudah berada di rumah terpacak depan tv. Kecewa sedikit sebenarnya dengan permainan bola sepak negara. Dari dulu sampai sekarang asas permainan bola sepak di negara kita tidak pernah improve.
Game tadi pun kacau bilau. Hantaran, controlling semuanya kelam kabut. Malaysia patut belajar daripada Jepun dan Korea bagaimana mereka melahirkan pemain-pemain yang asasnya tahap dewa. Saya rasa pemain Malaysia tidak ada seorang pun yang boleh juggle bola 100 kali.
Lagi satu, tidak logik rasanya kalau kita katakan ini game pertama, persefahaman masih kurang. Come on, mereka sudah bersama satu team bertahun-tahun. Sepatutnya masalah ini tidak timbul. Walau apa pun saya harap pasukan Malaysia dapat menang ke atas Thailand Rabu ini.
Seronok juga bila buat log aktiviti seperti ini. Log ini akan diteruskan sehingga saya pulang ke Shah Alam. Till then, selamat malam.







