Hari Pertama Berada Di Kampung Sempena Hari Raya Haji

Alhamdulillah tahun ini saya berpeluang menyambut Hari Raya Haji bersama keluarga tidak seperti tahun lepas.

Bertolak daripada Shah Alam dalam pukul 5 petang Jumaat. Banyak juga kereta yang bergerak di atas highway. Seperti biasa area berdekatan slim river, kuala kangsar dan seberang prai akan sesak bila tiba cuti perayaan seperti ini.

Saya sampai di Kedah dalam pukul 11.30 malam selepas berhenti beberapa kali di hentian rehat. Sampai saja terus ke gelanggang futsal. Nasib baik saya bawa balik kasut dan short. Kalau saya balik Kedah memang masa saya banyak dihabiskan di gelanggang futsal.

Saya sampai di rumah atau lebih tepatnya jejak kaki di halaman rumah lebih kurang pukul 2 pagi. Mak bapa saya pun dah tidur. Saya terus masuk bilik dan keluar semula ke dapur untuk melihat apa yang ada untuk di makan. Memandangkan sudah pagi saya tangguhkan saja hasrat untuk makan walaupun banyak lauk yang best atas meja makan.

Selesai membersihkan diri saya terus masuk tidur. Indahnya bila dapat tidur atas tilam sendiri, dalam bilik sendiri dan di rumah keluarga sendiri. Memang nyenyak tidur sampai 12.30 tengahari saya masih diliputi selimut.

Siangnya, saya habiskan masa menonton tv, makan dan borak bersama ahli keluarga saya yang lain. Banyak juga yang saya makan hari ini. Rindu masakan emak sebenarnya, memang tiada tandingan walaupun masakan yang simple.

Ketika saya menulis entri ini, jam di iPad sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Pasti ada yang sudah tidur awal untuk bangun sembahyang aidil adha pagi nanti. Yang belum tidur pasti baru saja selesai menonton perlawanan MU atau membuat aktiviti lain. Sebelum saya pun turut tidur saya nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua orang Islam di dunia. Selamat malam sweetheart.