Ini hari terakhir saya berada di kampung sempena cuti Aidiladha. Saat anda membaca catatan ini saya mungkin sudah berada dalam bas bergerak pulang ke Shah Alam.
Hari terakhir saya berada di kampung saya mengambil kesempatan untuk pergi ke setiap kedai sukan yang berada di Alor Star. Tujuan utama untuk survey harga boot dan melihat design boot yang baru dan aksesori sukan yang lain.
Jenama pilihan sudah semestinya Adidas. Dari kecil memang menggunakan boot keluaran Adidas. Niat di hati nak angkat sepasang F10 yang berharga RM200+ tapi saya terjumpa beberapa design F50 Adizero yang tidak pernah saya lihat di mana-mana kedai sukan di Malaysia termasuk Al-Ikhsan.
Terus jatuh hati dengan boot tersebut. Sempat juga saya mencuba beberapa kasut itu yang harganya RM700+. Cuba je lah, nak beli tak ada cash. Boot yang paling mahal pernah saya beli berharga RM400+. Mungkin orang ramai akan cakap membazir tapi bagi football fan macam saya boot ialah satu pelaburan. Kalau nak tahu ada boot yang mencecah 1k. Itu memang first grade punya boot.
Saya tanya tuan kedai itu sama ada dia mepunyai cawangan di negeri lain. Katanya kedai itu cuma ada di Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. Tambahnya lagi, kedai dia saja yang mempunyai pilihan design yang banyak untuk model boot terbaru.
Mereka juga mempunyai stok kasut T1 Nike yang digunakan kebanyakan freestyler walaupun model kasut itu sudah tidak lagi dikeluarkan oleh Nike. Yang paling menariknya mereka juga membawa masuk Adidas Champions League Matchball. Awesome!
Saya rasa saya nak jual iPhone dan iPad saya untuk dapatkan F50 idaman saya. Gurau.







