Impian Untuk Mendapatkan F50 Adizero Tercapai

Di saat orang sudah nyenyak dibuai mimpi saya pula mengambil keputusan untuk menaip sesuatu di blog ini. Sudah sebulan tanpa sebarang update. Bukan malas tapi saya sibuk merancang dan melaksanakan hal di belakang takbir hidup saya. Di sini akan ada update bila ada sesuatu yang saya ingin sampaikan.

Sebulan yang lalu saya pernah ceritakan hajat saya untuk beli kasut bola baru, F50 Adizero. Nampaknya hajat saya itu tercapai kerana selepas dua minggu saya menulis artikel itu saya berjaya membelinya. Alhamdulillah. Of course untuk mendapatkan sesuatu saya terpaksa korbankan sesuatu.

Walaupun mahal tapi pembelian kasut bola itu satu perlaburan bagi saya. Orang cakap pembelian yang berbaloi. Kalau orang lain sibuk untuk membeli gajet terbaru tapi saya lebih suka spend duit pada gear bola sepak saya.

Kesimpulannya, kalau kita mahukan sesuatu sila tanamkan niat dan berusaha untuk dapatkannya. Pasti setiap halangan yang ada akan dapat diatasi.