Mahal Atau Murah Keseronokan Permainan Bola Sepak Tetap Ada

Lately kecoh pasal isu FAM menaikkan harga tiket final Piala Malaysia 2011 antara Terengganu dan Negeri Sembilan. Rata-rata kurang puas hati dengan tindakan FAM. Saya sendiri agak terkejut dengan harga tersebut. Seolah-olah bola sepak itu diperdagangkan.

Orang Malaysia sukar terima keputusan mendadak seperti ini. Habis di marah FAM. Hack website, simbah cat merah itu semua menandakan kemarahan orang ramai terhadap FAM. Bagi mereka FAM hanya tahu fikir pasal duit dan pangkat dan tidak pernah fikir macam mana untuk menaikkan martabat bola sepak Malaysia.

Apa kebodoh sangat menaikkan harga tiket jika akhirnya kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan subsidi untuk penyokong pasukan masing-masing. Mungkin ini cuma strategi untuk menarik orang ramai memilih BN pada pilihan raya akan datang. Itu cuma andaian saya.

Saya bukan nak mempersoalkan hal politik tapi sudah terang lagi bersuluh terlalu banyak mainan politik dalam industri sukan Malaysia terutama bola sepak. Jika ini berterusan kita tidak akan nampak art of soccer di negara kita. Yang kita akan nampak hanyalah mereka yang gilakan kuasa, wang dan pangkat.

Walau bagaimanapun, jika saya seorang penyokong bola sepak salah satu pasukan yang bertanding malam ini saya tetap akan beli tiket bola sepak tak kisah lah mahal atau murah kerana keseronokan menonton perlawanan akhir tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Keseronokan itu tetap ada.