Tahun baru azam baru. Setiap orang ada azam baru setiap tahun.
Kemungkinan azam paling besar bagi semua orang ialah nak kurus – bersenam, diet dan lain-lain.
Tapi azam atau pun resolusi tidak kekal lama.
Instead of kita buat azam dan resolusi baru why not kita cuba buat habit baru.
Habit akan kekal lama dan habit yang baik akan membuat anda berjaya dalam jangka masa panjang. Walaupun untuk mulakan habit baru perlukan kesabaran tapi amat berbaloi.
6 bulan yang lalu am not in the best shape. 68kg untuk ketinggian saya memang dah melampau. Saya ni kecil orangnya kalau berat badan terlebih memang nampak comel. Siapa yang pernah jumpa saya dia tahu.
Orang yang sudah biasa bersukan regularly tiba-tiba berhenti memang badan cepat naik. Itu yang berlaku kepada saya.
Sejak kecil saya memang tidak kisah tentang gaya hidup sihat kerana saya tidak pernah ada ilmu tentangnya. Tapi disebabkan saya aktif bersukan ketika itu, tiada apa yang perlu saya risau tentang keadaan badan saya.
Sehinggalah masuk tahun kedua saya di Universiti badan saya mula berubah.
3 tahun saya biarkan berat badan saya naik. Akhirnya tahun ini saya kembali kepada badan zaman sekolah saya dulu.
6 bulan masa yang diambil untuk kembali fit seperti itu. Apa yang saya buat ialah saya ubah gaya hidup saya – bersenam, susun jadual makan, makan makanan yang sihat, no junk food and less sugar.
Saya suka nak bercakap tentang fitness program atau apa-apa suplemen yang menjanjikan keputusan yang cepat. Testimonial mereka gempak-gempak – hilang 30kg dalam masa sebulan dan 6 packs dalam masa 4 minggu.
Semuanya sampah.
Pertama sekali tidak semua boleh dapat result dalam masa yang cepat. Kedua, anda dapat result yang cepat untuk kurus anda juga akan kembali gemuk dengan cepat. Kenapa ini berlaku? Sebab anda cuma jadi robot yang ikut program untuk kurus dalam masa yang singkat dan bukan ikut habit anda. Kalau habit anda setiap hari makan McD, do you think you can achieve it in a short time?
So anda perlu create habit. Fokus pada result jangka masa panjang dan yang paling penting ialah amalkan gaya hidup sihat. Untuk amalkan gaya hidup sihat anda perlu create habit baru yang membawa anda kepada kebaikan jangka masa panjang.
Why not start creating your habit now?
Untuk amalkan sesuatu habit bukan mudah tapi tak mustahil. Sebulan satu habit, setahun anda ada 12 habit. Tak susah bukan? It’s just you want or not.
Ini contoh habit yang saya amalkan secara asas.
- Bersenam
- Minum air kosong instead of air bergula
- Elakkan makanan bergoreng
- Tinggalkan junk food / makanan yang diproses
- Epal dan pisang sebagai snack – yang penting fresh food
Mostly yang badan berlemak sana sini tu tidak amalkan habit dekat atas. Am I right?
Untuk kurus sangat senang. Kurangkan pengambilan kalori, makan lebih banyak sayur, makan lean protein dan bersenam.
Seterusnya saya nak tanya kurus yang bagaimana anda nak? Skinny fat look or toned?
Ramai yang menganggap mereka kurus disebabkan berat badan mereka berkurang. Tapi adakah mereka benar-benar sihat dan cergas?
Kesimpulannya, saya tak nak anda fokus pada berat badan. Sebaliknya anda fokus pada kesihatan badan anda. Kalau badan anda sihat secara automatik anda kurus dan fit. Sebaliknya kalau anda kurus belum tentu anda benar-benar sihat.
Just do it!








patutlah..ko dah kurus berbanding dulu. haha..