Pastikan Waktu Tidur Cukup Lapan Jam

Semalam Malaysia berjaya tewaskan Kemboja dengan jaringan 4-1. Walaupun bukanlah perlawanan yang ditunggu-tuggu tapi kalau ada match football seperti ini memang saya akan tonton. Tambahan pula pasukan negara yang beraksi.

Tapi boleh pula saya tertidur ketika menonton perlawanan itu. Mata memang berat sangat masa tonton perlawanan Malaysia dan Kemboja. Saya cuba tahan tapi gagal. Beberapa kali terlelap sehingga habis perlawanan. Sudahnya saya tidur daripada pukul 7 malam sehingga pukul 7 pagi tadi.

Ini lah padahnya apabila dua hari waktu tidur tidak cukup gara-gara menghabiskan masa di Triways futsal menyaksikan kelayakan Liga Futsal Kebangsaan. Sudahlah tidur lambat then kena bangun awal supaya tidak terlepas perlawanan-perlawanan menarik.

Jujurnya saya memang tidur macam baby. Perlukan masa antara 8-10 jam sehari untuk rehat dan tidur. Saya perlukan waktu yang lama untuk badan saya kembali segar setelah seharian aktiviti. Lagi pun saya tidak tidur petang atau pun tengahari. Waktu tidur saya cuma sekali.

Waktu rehat atau tidur bagi setiap orang mungkin tidak sama bergantung kepada corak aktiviti seharian. Ada yang tidur setakat 3-4 jam sudah cukup. Saya kalau tidur 3-4 jam alamatnya mata merah dan petang mesti tertidur. Sebab itu saya perlukan waktu rehat yang cukup.

Berbalik kepada cerita tadi, susah sebenarnya saya nak tertidur ketika menonton perlawanan bola sepak tapi bila dah berlaku saya tahu itu petanda yang saya kurang rehat dan perlu topup waktu tidur. Duit boleh dicari tapi kesihatan tak dijual. Saya tak nak menyusahkan orang dengan jatuh sakit.