Sementara blog ni masih baru dan tak sampai 10 posts lagi so saya ingat nak berkongsi sedikit tentang pengalaman awal saya dalam dunia blogging. Tak banyak tapi Insyaallah boleh mengimbau kembali kenangan saat pertama kali mempunyai blog sendiri.
Sejak dari zaman Friendster lagi dah mula gatal tangan guna internet untuk kerja berfaedah. Masa tu ligat buat template Friendster. Kalau tak ada flash sana-sini dalam profile Friendster memang tak sah. Senang cita siapa dapat modify template Friendster masa tu dia lah yang paling power.
Fast forward….Then suatu hari terfikir nak berniaga sebab dah bosan kerja dekat Baskin Robbins. Masa tu dah kurang aktif bermain bola sebab cedera. So saya pusing-pusing lah dalam internet ini mencari peluang untuk buat bisnes. Dari situ saya mula kenal perniagaan internet. Tak kenal lagi blog masa tu.
Apa yang saya tahu masa tu, blog hanya sebagai alat untuk memudahkan kita buat perniagaan bukan buat blog dapat duit seperti yang orang salah faham sekarang sampai boleh bergaduh.
Walaupun dah kaji, research semua saya tidak ambil tindakan untuk buat blog. Sebabnya saya tak tahu arah tuju sebenar lagi. Sampai satu hari saya ternampak sate website shopping milik rakan sekuliah saya. Masa itu, diri ini rasa tercabar.
8 Februari 2009, saya terus beli domain fazreen.com dan setup blog WordPress saya yang pertama sebab tidak mahu kalah dengan rakan sekuliah. Mahu juga bukti kan pada diri sendiri yang saya mampu sediakan website pertama saya tanpa mana-mana ajaran dari pihak ketiga. Semuanya self-taught.
Then, saya mula kenal dengan Rohaizad.com. Dari dia lah saya belajar untuk mendapatkan $1 pertama daripada internet. Masa tu bukan nilai duit yang jadi ukuran tapi kepuasan apabila berjaya buktikan pada diri sendiri yang saya mampu buat duit di internet.
Mulai saat itu, saya buat lagi blog, lagi dan lagi. Semuanya dalam English. Seronok memang seronok sebab tiap-tiap bulan akaun paypal ada USD. Tapi lama-kelamaan saya rasa bosan. Mungkin sifat semulajadi saya yang sukakan perkara baru apabila sudah mendapat hasil dengan perkara sebelumnya. Saya biarkan saja kesemua blog itu mati tanpa direnew melainkan blog dan domain ini.
Pernah juga buat blog gosip, blogartis.net tapi terus terang blog gosip bukan makanan saya. Akhirnya dibiarkan juga walaupun tahu potensi blog gosip macam mana.
Perkara seterusnya saya buat dalam dunia blogging ialah, customize theme WordPress. Bila tengok theme blog orang menarik, saya teringin nak cuba buat. Akhirnya banyak theme yang saya customize sampaikan saya kenal dengan Thesis theme. Dengan Thesis saya buat beberapa skin yang mirip dengan beberapa blog terkenal tapi semuanya untuk kegunaan diri sendiri.
Tak pernah terfikir untuk buat duit dengan web design. Sebab saya ni pemalas. Kalau orang betul-betul nak hire saya memang saya akan charge tinggi dengan harapan orang itu cabut lari. So saya tak perlu buat. To be honest, saya tidak suka orang curi masa saya sedangkan saya perlukan masa itu untuk membuat perkara yang saya suka dan for fun.
Minat terhadap WordPress itulah yang muncul gengwp.com sampaikan website itu pun sudah lenyap. Mungkin tiada kimia dengan saya.
Kalau anda perasan, blog ini bertukar wajah sebelum ini sebabnya mengikut rentak tuannya. Kalau dulu banyak bercerita tentang blogging + perniagaan, kemudian tentang design, sekarang?
Sekarang tentang diri sendiri sebab saya rasa saya dah puas dengan 3 tahun mempunyai blog saya dah rasa dan dapat apa yang saya nak buat. Walaupun tak expert tapi apa yang penting saya dapat rasa perkara-perkara itu.
Bagi saya tempoh 3 tahun itu merupakan tahun jatuh bangun saya dalam mencari hala tuju hidup. Mencari apa yang serasi dengan diri sendiri, mencari apa yang ada kimia dengan diri sendiri. Mencari apa yang terbaik untuk diri sendiri itu paling penting. Dan saya rasa saya dah jumpa semua itu cuma saya perlu workout on it.







