Saya Perlukan Blog

Menulis bukanlah satunya perkara yang saya suka buat. Saya menulis bila ada perkara yang saya rasa nak sampaikan atau luah. Saya kagum dengan orang yang mampu menulis sesuatu yang panjang lebar seperti menulis buku. Kadang-kadang terfikir macam mana mereka mempunyai masa untuk menulis.

Tapi sebelum soalan itu diajukan kepada orang lain, saya terlebih dahulu tanya diri saya bagaimana saya tidak mempunyai masa untuk menulis? Sudah tentu jawapannya saya melakukan benda lain yang lebih saya suka. Contohnya menghabiskan masa dengan bermain bola sepak, membaca atau mengasah skill photoshop.

Tiga perkara tersebut yang saya selalu lakukan setiap hari. Menulis jatuh di tangga ke berapa saya pun tak tahu. Saya pun tidak tahu kenapa saya boleh berada di dunia blogging sedangkan saya memang tidak berminat untuk menulis sejak dari kecil. Bahkan sudah tiga tahun saya berada dalam dunia blogging.

Tiada rasa jemu mahupun terlintas di fikiran hendak berhenti dari melakukan semua ini walaupun saya malas menulis. Tapi menulis di blog mempunyai keistimewaannya tersendiri. Itu lah yang membuatkan saya seronok berada dalam dunia blogging. Saya boleh jadi diri saya sendiri tanpa perlu fikir untuk memuaskan hati orang lain.

Menulis di blog lebih bebas lebih banyak freedom. Saya boleh curahkan kreativiti di blog. Saya boleh lakukan apa saja yang saya mahu dengan blog. Dengan blog juga saya boleh cuba buat macam-macam, boleh cabar diri saya untuk melakukan sesuatu perkara baru. All I need is a blog.