Selamat Tinggal November

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan terakhir untuk tahun 2011. Rasa sekejap saja masa berlalu. Terlalu banyak kenangan dan pengalaman yang di timba daripada bulan Januari sehingga November. Semuanya ialah guru dalam perjalanan hidup saya.

Tinggal satu bulan saja lagi sebelum tahun 2011 berakhir. Setakat ini saya belum puas hati dengan pencapaian yang saya buat dalam kehidupan saya. Banyak yang masih terumbang-ambing dan tahun ini juga memberi banyak pengajaran kepada saya supaya menjadi insan yang lebih baik.

Tahun ini juga saya sedar banyak kesilapan yang saya telah buat sepanjang saya mencari kehidupan yang lebih baik. Manusia mana tidak melakukan kesilapan tapi kesilapan itulah ilmu yang paling berharga. Daripada kesilapan itulah saya sedikit demi sedikit saya memperbaiki kesilapan saya.

Dan kesilapan yang paling besar saya lakukan ialah membuat sesuatu yang saya tidak suka sehinggakan saya gagal menyiapkan tugasan yang diberi. Saya harus bermula dari bawah semula dan tidak sesekali akan putus asa. Malah tiada istilah putus asa dalam kamus hidup saya.

Keputusan untuk menangguhkan projek tahun akhir sehingga tahun hadapan ialah keputusan yang paling tepat buat masa ini. Di saat rakan sekuliah saya ramai yang sudah mempunyai kerja sebagai engineer, saya masih memegang status sebagai student. Tidak terlintas di fikiran dan hati saya untuk mencari kerja.

Ya, saya tidak mahu bekerja sampai bila-bila. Saya hanya mahu melakukan sesuatu yang saya minat, sesuatu yang dapat puaskan hati saya dalam dan luar. Atau lebih tepat lagi saya ingin tinggalkan bidang engineering yang sudah sebati dengan saya sejak saya masuk tingkatan 1.

Tapi saya tidak akan quit begitu saja, saya akan dapatkan juga ijazah dalam kejuruteraan mekanikal. Ingat, tiada istilah putus asa. Setiap apa yang saya mulakan saya harus habiskan.

1 tahun matrik dan 4 tahun degree saya bergelumang dengan engineering stuff yang sepatutnya saya habiskan bulan Mei yang lepas. Disebabkan malas untuk menyiapkan final year project saya ambil keputusan untuk tangguh pengajian saya. Cool kan? Hanya tinggal final year project untuk saya tumpaskan disebabkan subjek lain sudah saya tumpaskan on time.

Bagi saya tiada apa yang saya perlu risau bila habis belajar lambat selagi saya tahu apa yang saya nak dalam hidup saya. Lagipun saya baru 23 tahun, chill la…Saya tidak belajar untuk mengejar keputusan cemerlang atas kertas tapi saya belajar supaya hidup saya tidak bosan pada masa akan datang.

Saya tidak kisah orang sibuk mencari kerja sana-sini kerana saya tidak mahu jadi seperti mereka bekerja di bawah orang. Saya tidak mahu ada orang lain yang mencorakkan kehidupan saya. Dalam erti kata lain saya mahu bebas dan menikmati hidup. Ini bukan terpengaruh dengan kisah-kisah mereka yang telah berjaya tapi inilah diri saya sejak kecil.

Saya lebih senang seperti ini dan harap family saya memahami saya. Bukan senang untuk memuaskan hati semua terutama hati parents. Sebagai orang tua sudah pasti mereka mahukan yang terbaik daripada anak mereka terutama pelajaran.

UPSR, PMR dan SPM dulu saya bawa mak ayah saya naik atas pentas sekali untuk terima anugerah. Insyaallah saya akan tunaikan hasrat mereka naik atas pentas sekali lagi untuk segulung ijazah. Mungkin dua tiga kali lagi kerana saya berkira-kira untuk ambil second degree!

Tw | G+