Start Over Again

I am a failure. Bukan senang untuk menggerakkan sesuatu blog. Harus cuba, rasa dan alami sendiri baru kita kenal erti kepayahan dan kesusahan untuk maintain kan sesuatu blog. Banyak perkara yang telah saya cuba dalam dunia blogging semuanya demi kepuasan diri sendiri. Selagi tak cuba dan tak dapat apa yang hati nak buat selagi itu lah saya belum puas hati. Sebab itu lah anda boleh lihat blog ini bertukar wajah buat kali ke berapa ntah. Siapa yang peduli, ini kan online playground saya.

Sebelum ini sudah beberapa banyak blog yang saya buat dan mati begitu saja. Bukan kerana tak mampu tapi hati sudah puas, sudah rasa ada bermacam-macam jenis blog. Sekarang hati ini mahukan satu blog yang menjadi cermin kepada diri sendiri. Saya ingin mempunyai blog yang mencoretkan semua perjalanan hidup saya di atas muka bumi ini agar boleh menjadi tatapan saya pada masa hadapan. Mungkin juga menjadi semangat dan memotivasikan orang lain dengan kisah-kisah saya.

Dulu, pernah sekali saya buat blog atas domain fazreen.me untuk mencoretkan kisah perjalanan saya. Tapi saya suka-suki padamkan blog itu. Mungkin ketika itu saya tidak berminat untuk berkongsi kisah dan pendapat saya dalam blog maka saya fokuskan kepada blog ber niche kan lain. Mari kita flash back.

  • 2009 – Blog ini diwujudkan untuk saya mendalami ilmu perniagaan memandangkan saya memang minat perniagaan. Dari perniagaan saya jatuh cinta pula dengan WordPress. Dari zero sehinggalah sedikit sebanyak saya tahu tentang dunia web design sampaikan ada yang panggil saya designer atau developer. Malu saya. Saya bukan lah designer atau developer bertauliah tapi lebih kepada self taught. Tak pernah terfikir untuk menjadikan kerjaya web developer sebagai kerjaya utama saya. Sekadar suka-suka boleh lah. Tapi saya terima saja apa yang orang nak gelar saya asalkan benda tu mendatangkan rezeki kepada saya.
  • 2011 – 100% blog ini bertukar menjadi blog inspirasi disebabkan minat terhadap design. Both (2009 & 2011) saya ber blog dalam English.

Itu la serba sedikit kronologi blog ini. Tak ada yang istimewa pun tentang blog ini. Semuanya dibuat atas dasar minat semata-mata. Tapi anda mesti tertanya-tanya kan kenapa tidak terus blog tentang design inspiration dan buat satu blog lain untuk catat perjalanan harian?

Jawapannya ialah…. saya dah move kan kesemua content sebelum ini ke blog baru – tanpawarna.com . Mana mungkin minat terhadap design pupus begitu saja. Yang menariknya, saya akan ber blog dalam bahasa melayu di sana. Maknanya no more English? Eh tak, walaupun saya tak pandai English, saya still akan menulis dalam English pada waktu-waktu tertentu, contohnya di G+ status, FB status dan Tw status. Nak improve English dekat mana-mana pun boleh.

Banyak lagi yang saya ingin kongsikan tapi saya simpan untuk post-post selepas ini. Tiada ruang komen yang disediakan untuk blog ini bermula saat ini kerana saya ingin kurangkan gangguan tapi anda boleh berinteraksi dengan saya di laman sosial. Till then welcome to my new brand blog.