advertorial

Oh! Pengalaman Memandu Honda Insight Yang Awesome

Saya telah diberi peluang untuk menghabiskan masa memandu Honda Insight selama 2 hari 1 malam di sekitar Petaling Jaya, Hulu Langat, Port Dickson dan Melaka. Memandu Honda Insight sedikit berbeza dan merupakan pengalaman baru bagi saya kerana ini kereta hybrid pertama yang saya pandu. Sebelum ini saya cuma mendengar saja tentang kehebatan kereta hybrid tetapi kali ini saya sendiri akan bercerita pengalaman saya memandu kereta hybrid Honda Insight. Hope on to Oh! Tidak to read the full review.

Project Teamwork: Check Out Street Soccer Action in Brazil

Dari kecil saya memang suka main bola. Memang darah bola sepak ni dah mengalir lama dalam keluarga saya. Bagi saya permainan bola sepak itu ibarat satu seni.

Antara pasukan bola sepak luar negara yang saya minati ialah Brazil. Gaya permainan bola sepak Brazil memang menjadi kegemaran saya. Saya suka aksi bersahaja, kreatif dan kemas di atas padang yang ditunjukkan oleh pasukan Brazil – kagum.

Apa yang saya perhatikan di sana skill mereka diasah melalui bola sepak jalanan. Bola sepak jalanan sudah menjadi satu budaya bagi rakyat Brazil. Kalau kita tonton video street soccer di youtube atau dalam Brazil dipanggil street futbol, kita dapat lihat orang Brazil main bola di merata-rata.

Ada yang bermain di atas bumbung rumah, di lorong-lorong rumah. di tempat parking kenderaan dan banyak lagi. Asalkan ada saja ruang untuk bermain mereka akan main. Mereka tidak hiraukan hal lain. Mereka enjoy bermain. Sesuatu yang kurang kita lihat di Malaysia.

Ramai pemain profesional yang dilahirkan daripada bola sepak jalanan seperti Robinho. Ini membuktikan mereka bukan hanya bermain bola sepak secara suka-suka. Malah mereka ada matlamat dan keazaman yang tinggi untuk pergi jauh dalam bidang bola sepak biarpun bermula hanya dengan bola sepak jalanan.

Terbaru ESPN dengan kerjasama Samsung Mobile telah melancarkan satu projek yang dinamakan Project Teamwork di mana mereka telah ke Brazil untuk menemubual salah satu pasukan street soccer di sana.

Host rancangan, Sal Masakela melawat pasukan street soccer, ADC Florianopolis di Brazil. Dalam video tersebut dapat lihat kapten pasukan, Denison Cabral bercakap tentang kreativiti, komunikasi, aktiviti team building dan keseronokan menikmati permainan membantu mereka memenangi Tiger Street Football League 2011.

Menariknya, Samsung GALAXY S II telah digunakan untuk merakam segala aktiviti dan memori pasukan street soccer ini di dalam dan di di luar padang.

Saya harap suatu hari nanti Malaysia dapat melahirkan pemain bola sepak yang berkaliber. Tidak kira di mana ia bermain asalkan bakat mereka tidak di pandang sepi. Malaysia punyai ramai yang berbakat namun mereka tiada jalan untuk mereka maju ke hadapan. Walaupun bola sepak sukan utama di negara kita tapi budaya bermain bola sepak belum menyeluruh. Alangkah indahnya kalau kita dapat lihat ada rakyat Malaysia yang dapat jelajah ke satu negara ke satu negara semata-mata bermain bola sepak.

+this post is sponsored by Samsung