Assalamualaikum

Blog wajah baru elok kiranya saya mulakan dengan ucapan Assalamualaikum. Baru beberapa minggu lepas saya tulis saya nak biarkan blog ini dalam plain text tapi sekarang saya akui kuasa pembaca lebih besar walaupun blog ini kepunyaan saya. LOL
Disebabkan sayang dekat pembaca blog ini especially yang dah follow perkembangan saya selama tiga tahun, saya tukar theme blog ini supaya memudahkan anda beramah mesra. Bukan senang nak cari theme yang menepati cita rasa. Nak buat theme sendiri bukan tak mampu tapi buang masa. Ada banyak benda lain yang saya perlu fokus.
Siapa yang sudah kenal saya mesti tahu style saya yang prefer menggunakan warna hitam putih dengan typography. Itu lah yang anda nampak dekat theme ni. Ruang komen pun sudah dibuka. Ada sebarang pertanyaan sila lah tanya terus. Nak spam ke apa ke terpulang lah kat anda. Saya ada assistant, cik adik Askimet yang tolong pantau.
Saya juga telah letak form newsletter. Saya alu-alukan anda sign up mana la tau saya rajin nak kasi tip istimewa tentang dunia blogging. Mesti anda tanya siapa saya nak kasi tips kan? Kalau nak tahu siapa saya sila lah sign up.
Saya masih mencari ayat yang sesuai untuk letak dekat form newsletter tu. Ada siapa-siapa yang nak bagi cadangan ayat apa yang sesuai? Kalau ayat anda terpilih nanti saya belanja McD meal satu – serius.
More