Trip To Broga With XCLUSIVE FITNESZ members

Trip To Broga With XCLUSIVE FITNESZ members
Belum terlambat rasanya untuk saya ucap Happy Chinese New Year kepada kaum cina dan semua pembaca blog. Cuti masih panjang bro.. Rancang cuti anda dengan sebaik-baiknya.

Cuti kali ini saya tidak pulang ke kampung kerana ada few things yang perlu saya selesaikan. 2012 is a big year for me plus, this is a dragon year – 1988 kid.

Memandangkan saya tidak pulang ke kampung, maka saya berkesempatan join XF members untuk naik Broga awal pagi Sabtu. Ini kali ketiga saya memanjat Broga. Please siapa-siapa yang nak ajak saya hiking selepas ini sila cari lokasi yang saya belum pernah cuba lagi.

Sedikit info untuk yang belum tahu, Bukit Broga terletak di area Semenyih, Selangor berdekatan dengan University of Nottingham Malaysia. Selalunya dari Shah Alam saya akan ikut LDP atau SKVE untuk ke sana.

Untuk trip kali ini agak lewat juga lah kami naik sekitar jam 7:45 pagi. First time dulu naik sebelum Maghrib, The second time naik before Subuh. Kali ke-4 mungkin boleh cuba naik pukul 12 tengah hari. LOL

Trip To Broga With XCLUSIVE FITNESZ members

Masa yang saya ambil untuk naik kali ketiga ni agak pantas memandangkan saya berlari. Rasa nak tercabut kepala lutut bila lari naik bukit dengan keadaan permukaan laluan yang licin. Of course la saya tak berlari all the time. Ada masa berhenti juga untuk ambil nafas. Saya bukan robot.

Kalau yang belum pernah sampai ke atas, di atas sana tak ada apa-apa pun. Tak ada gerai jual burger dan air coke. Cuma dapat lihat permandangan yang cantik. Tapi menjadi satu kepuasan bagi seseorang yang berjaya sampai ke atas.

Trip To Broga With XCLUSIVE FITNESZ members

Ini aktiviti pertama bersama XF members. Selalu lepak dekat gym saja tapi kali ini dapat buat aktiviti luar bersama. Banyak aktiviti mencabar yang dirancang selepas ini. Siapa yang nak join Xclusive Fitnesz gym boleh hubungi saya. Saya kasi arrange baik punya.

Trip To Broga With XCLUSIVE FITNESZ members

I asked him to smile and took the pictures. Suka tengok senyuman yang ada pada kanak-kanak.

Trip To Broga With XCLUSIVE FITNESZ members

Sebelum pulang kami singgah di Rabbit Land, berhadapan dengan tempat letak kereta nak naik Broga. Motif singgah sini sebab nak tengok arnab. Siap ada jual satay arnab lagi kat situ. Bayaran sebanyak RM5 dikenakan untuk masuk.

Trip To Broga With XCLUSIVE FITNESZ members

Gambar-gambar square tu semuanya datang daripada Instagram saya. Siapa yang ada Instagram boleh search ‘fzreen’ dan follow saya. Saya prefer ambil gambar guna iPhone walaupun baru saja dapat digital kamera daripada Honda. Tak terusik lagi pun.

13 Comments

  1. titan

    kat selangor aje. leh la aku gi nanti. hehe..

    ← Reply

  2. anne

    gile aahh best..

    ← Reply

  3. Ewan

    Salam encik fazreen. saya tengah membuat kajian tentang “voyeurism through the abysmal world of internet: a freudian approach towards social platform and its effects on identity” dari SOAS, London. Saya mengkaji bloggers malaysia. Saya melihat rating blog anda begitu tinggi, tapi saya masih tertanya2x kenapa. Sejujurnya saya ingin mendapat reply dari fazreen di blog sendiri, apakah blog post anda dapat meningkatkan pengetahuan pembaca, meninggikan akhlaknya dan peribadinya, ataupun blogging ini hanya untuk suka2x, bercerita tentang pengalaman sendiri dan di kongsi pula dengan pembaca. apakah matlamat blog ini sebenarnya?

    Saya melihat ada trend bloggers2x seperti fatin liyana (yang mendapat rating begitu tinggi) tapi tiada apa pula boleh didapati dari blognya hanya gambaran2x luar fizikal yang tidak ubah seperti inginkan perhatian sahaja.

    jadi, besar sekali hati saya sekiranya anda boleh membalas soalan ini.

    ← Reply

    • Fazreen

      Waalaikumussalam. Insyaallah saya akan jelaskan kekeliruan dalam sedikit masa nanti. Saya sarankan saudara follow blog ini untuk mendapatkan update terkini.

      Updated: saya sudah beri jawapan di sini http://wp.me/prsj7-1PD

      ← Reply

  4. Dadan

    Indahnya pemandangan Selangor…

    ← Reply

  5. ariff

    ko dah tukar 4S ke?

    ← Reply

  6. Blogging Tidak Ubah Seperti Inginkan Perhatian? | Fazreen

    [...] Ahad orang lain sibuk keluar melakukan aktiviti outdoor tapi saya memilih untuk duduk rumah melakukan kerja-kerja yang saya rasa saya perlu buat. Sebentar [...]

    ← Reply

  7. Zarul Umbrella

    ooh dekat je lah ngan umah saya ni..

    ← Reply

  8. puanbee

    teringin nak buat hiking semula , dulu2 seminggu sekali panjat bukit maxwell , paling dekat kan ..hihi ..sejak beranak pinak ni tk hiking2 dah ..

    ← Reply

  9. Oh! budu

    wowww… style.. :)

    ← Reply

  10. bubbles182

    Tak ajak. Majuk.

    Kerachut Penang jommmsss!!!

    ← Reply

Leave a Reply

*